YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merasmikan
10th AIPA Caucus Meeting
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Jun - YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah merasmikan 10th ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Caucus Meeting bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh kesemua negara ASEAN kecuali Indonesia. Sebagai penganjur bagi mesyuarat kali ini, Parlimen Malaysia turut menghantar 15 orang Ahli Parlimen yang terdiri daripada:-
YB Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong (Pengerusi 10th AIPA Caucus Meeting)
YB Tuan Charles Anthony Santiago, Ahli Parlimen Klang (Ketua Delegasi)
YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas
YB Tuan Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
YB Puan Kasthuriraani A/P Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru
YB Datin Mastura binti Mohd Yazid, Ahli Parlimen Kuala Kangsar
YB Tuan Haji Awang bin Hashim, Ahli Parlimen Pendang
YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Ahli Parlimen Pensiangan
YB Puan Maria Chin binti Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya
YB Senator Tuan Khairul Azwan bin Harun, Ahli Dewan Negara
YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Ahli Dewan Negara
YB Senator Puan Lim Hui Ying, Ahli Dewan Negara
Secara umumnya, AIPA Caucus merupakan mekanisme untuk membincangkan, membangunkan dan mengharmonikan undang-undang di kalangan negara-negara ASEAN. Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi salah satu platform ahli parlimen negara-negara ASEAN untuk berinteraksi serta membincangkan sejauh mana resolusi-resolusi yang telah diluluskan oleh Persidangan Agung Tahunan AIPA.
Tiga topik penting yang telah dibincangkan menerusi mesyuarat kali ini adalah:
The Rise of Terrorism, Extremism and Radicalisation: A Parliamentary Perspective
Enhancing Cooperation on Climate Action in ASEAN
Interventions to Protect Children from Sexual Exploitation in Travel and Tourism (SECTT)
Kemaskini terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 20305