CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
FUNGSI BAHAGIAN
- Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan perlindungan kepada semua unit di bawah Parlimen.
- Menyelaras dan memastikan kawalan keselamatan dan memantau sistem keselamatan fizikal dan dokumen di bangunan Parlimen berjalan dengan baik dengan kerjasama pihak PDRM.
- Membuat naziran dan membuat pemeriksaan mengejut serta mengemukakan syor-syor bagi mengatasi kelemahan-kelemahan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.
- Mengurus dan memproses permohonan / pengeluaran pas keselamatan (tetap, sementara, pelawat dan sebagainya).
- Menguatkuasakan peraturan dan langkah-langkah keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi sepertimana ditetapkan dibawah arahan keselamatan.
- Menjadi urusetia jawatankuasa keselamatan ke atas semua persidangan yang dianjurkan oleh Parlimen.
- Menguatkuasakan segala peraturan dan langkah keselamatan fizikal selaras dengan kehendak Kawasan larangan tempat larangan 1959 dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan.
- Memastikan segala pergerakan akses ke dalam Parlimen dibuat mengikut dibuat mengikut peraturan dan berjalan dengan lancar.
- Mengkaji praturan sedia ada di Parlimen. Merancang dan mengaturkan peraturan baru jika perlu dengan persetujuan Parlimen.
- Melaksanakan tugas-tugas kawalan perjalanan Dewan mengikut peraturan Arahan Keselamatan dan undang-undang berkaitan bagi mengelakkan gangguan terhadap Ahli Dewan dan Parlimen.
- Mengendali dan memantau tugas kawalan keselamatan sistem keselamatan elektronik agar menepati dan dapat menjamin keselamatan Parlimen.
- Mengurus dan menjadi urusetia proses tapisan keselamatan untuk semua pegawai/kakitangan, pelawat/kotraktor yang berurusan di Parlimen untuk dikemukakan kepada Pejabat KPKKM selaku kuasa pusat.