Debaton Parlimen Belia 2023
Program Debaton Parlimen Belia 2023 telah berlangsung di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia pada hari ini melibatkan seramai 100 pendebat dari golongan belia.
Penganjuran Debaton Parlimen Belia 2023 ini telah membincangkan beberapa usul iaitu seperti implementasi pendidikan politik di sekolah menengah, Malaysia untuk pengurusan hutan lestari, akta perubahan iklim serta kos sara hidup negara.
Debaton ini juga memberi peluang kepada golongan belia untuk bertukar pandangan dan memberi idea bersama ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam melestarikan kemajuan Malaysia.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
26 Ogos 2023