24 MAC 2022 (KHAMIS); FESTIVAL PANTUN ANTARA ASASI - 23 MAC 2022
control 1control 2control 3


PAHANG, 24 Mac 2022: “Pantun mengajar kita bagaimana cara untuk berfikir, menyusun dan melihat keutamaan dalam penjelmaan fikiran melalui lirik dan rimanya. Ia merupakan satu seni keindahan sehinggakan novelis kelahiran Perancis, Henri Fauconnier sempat mengucapkan tahniah kepada orang Melayu atas keunikan bahasa Melayu seperti yang ditulis beliau dalam buku The Soul of Malaya pada tahun 1931.”

Demikian ucapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan dan Perlawanan Akhir Festival Pantun Antara Asasi (Fantasi) anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini semalam.

Menurut beliau lagi, para pujangga dan pengkaji bahasa dari luar negara sangat teruja dengan keindahan bahasa Melayu khususnya di nusantara ini. Justeru mengapa kita di tanah air ini tidak turut berasa bangga dengan bahasa tinggi yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu sejak dari dahulu.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas penganjuran festival dua hari ini yang bermula sejak 22 Mac hingga 23 Mac yang bertujuan memperomosi dan menghayati budaya dan adat Melayu melalui pantun di samping mendendahkan para peserta tentang cara mencipta dan menyampaikan pantun dengan baik. Tan Sri Rais juga turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob atas usaha beliau memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa akademik dan bahasa ilmu semasa menjawab pertanyaan pada sesi persidangan Dewan Negara semalam.

Menurut Tan Sri Rais lagi, “Bahasa Melayu sudah dijadikan sebagai bahasa undang-undang, justeru tidak hairan bahasa Melayu akan menjadi bahasa komersial dan bahasa kehidupan di rantau Asia Tenggara seperti yang diamalkan semenjak kerajaan Sriwijaya dahulu”. Orang Melayu dahulu menilai alam untuk mengingatkan diri melalui falsafah dengan pantun:
Titiknya pisau raut, Tongkatnya batang lintabung; Seladang menjadi nyiru; Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terbentang jadikan guru.

Walau bagaimanapun, menurut beliau lagi sistem pendidikan pada hari ini masih tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai asas yang kuat dalam menjana budaya dan warisan Melayu. Namun atas semangat baharu yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa, beliau berharap agar generasi muda pada hari ini akan terus mencari kehidupan menerusi bahasa indah sama ada melalui pantun, peribahasa, perumpamaan, seloka, gurindam ataupun perbandingan dan tamsil kerana di dalamnya terkandung pelbagai keindahan dan juga rahsia dalam komunikasi yang berupa cakap dengan beralas.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abang Salehuddin bin Abang Shokeran, Dekan Pusat Asasi UIAM Haji Murshid bin Kassim dan Pengarah Program Fantasi, Muhammad Faizuddin Hashim.

Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2321

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my