📆 2 November 2018 (Jumaat) ⌚ 4.00 petang 📍 Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Â
YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2019 dihadapan YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Belanjawan 2019 adalah bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di mana ianya memberi tiga fokus utama dengan 12 strategi penting bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia.
Belanjawan 2019 akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion peruntukan pada tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk Simpanan Luar Jangka berjumlah RM2 bilion.