“KE ARAH PERSAMAAN MASA HADAPAN” SAMBUTAN HARI KOMANWEL 2018
📆 27 Mac 2018 ⌚ 1.30 Petang 📍 Dewan Bankuet, Blok Utama Parlimen Malaysia
PARLIMEN MALAYSIA, 27 Mac – Sambutan Hari Komanwel 2018 anjuran Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA) bersama Parlimen Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Majlis ini bertemakan “Ke Arah Persamaan Masa Depan Bersama”dan majlis ini dimulakan dengan ucapan pembukaan dari YB Dato’ Seri Azalina binti Dato’ Othman Said selaku Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA). Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin b. Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.