Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera.
Jawatankuasa ini berperanan bagi menimbangkan dan menasihati Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis.
Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Dewan Parlimen Kelima Belas
Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 79(1)
Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin Setiausaha Dewan Rakyat / Jawatankuasa Dewan |
1 | Yang Berhormat Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa Ahli Parlimen Tampin |
---|---|
2 | Yang Berhormat Dato' Sri Doris Sophia Anak Brodi Ahli Parlimen Sri Aman |
3 | Yang Berhormat Tuan Lo Su Fui Ahli Parlimen Tawau |
4 | Yang Berhormat Tuan Khoo Poay Tiong Ahli Parlimen Kota Melaka |
5 | Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim Ahli Parlimen Arau |
6 | Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Ahli Parlimen Beluran |
Kemaskini terakhir pada: 15 Oktober 2024 | Hits: 80604