Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.
Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Kelima belas:
Pengerusi
Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin Setiausaha Dewan Rakyat / Jawatankuasa Pemilih |
1 | Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Ahli Parlimen Petra Jaya / Timbalan Perdana Menteri |
---|---|
2 | Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook Ahli Parlimen Seremban |
3 | Yang Berhormat Tuan Mohd Rafizi bin Ramli Ahli Parlimen Pandan |
4 | Yang Berhormat Dato' Sri Azalina binti Othman Said Ahli Parlimen Pengerang |
5 | Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainudin Ahli Parlimen Larut / Ketua Pembangkang |
6 | Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan Ahli Parlimen Kota Bharu |
Kemaskini terakhir pada: 15 Oktober 2024 | Hits: 63037