a) Jawatankuasa ini berfungsi untuk -
i) meneliti rang undang-undang yang telah dibawa untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat berkaitan dengan kesihatan di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi di bawahnya;
ii) meneliti usul, rang undang-undang persendirian, petisyen dan laporan yang berkaitan dengan kesihatan di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi di bawahnya;
ii) menyiasat dan melaporkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan kesihatan di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi di bawahnya; atau
iv) melaksanakan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya oleh Menteri atau Majlis.
b) apa-apa perkara yang dibincangkan di perenggan (a) tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).