kenyataan Media Isu Uec Perlu Dibincang Segera Oleh Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi Dan Pendidikan Dewan Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YANG Dl-PERTUA DEWAN NEGARA

  1. Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah mengambil kira tentang isu Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate – UEC) yang telah dibangkitkan oleh Persatuan-Persatuan Lembaga PengurusSekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini.
  2. Oleh itu beliau mencadangkan agar Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara yang dipengerusikan oleh YB Senator Tuan Ak Nan a/l Eh Took untuk mengadakan mesyuarat dan berbincang bagi meneliti isu berkenaan dalam masa terdekat ini.
  3. Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan turut dianggotai oleh Senator Dr. Hajah Wan Martina binti Wan Yusoff, Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol, Senator Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, Senator Datuk Mohd Hisamudin bin Yahaya dan Senator Dato’ Nelson a/l Renganathan.  
  4. Beliau juga meminta agar Jawatankuasa meneliti segera secara mendalam dan membandingkan percanggahan antara cadangancadangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Isu ini amat perlu diperhalusi secepat mungkin memandangkan banyak kekeliruan berlaku kerana sekiranya isu ini terus dibangkitkan adalah dibimbangi akan membawa kesan negatif kepada gerak kerja nasional pendidikan.  Selain itu kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang ingin agar isu ini segera dituntaskan.

 

- TAMAT   -

 

     YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

     Yang di-Pertua Dewan Negara

     5 Disember 2022


Kemaskini terakhir pada: 5 Disember 2022 | Hits: 2228

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my