PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
KENYATAAN MEDIA
OLEH
YB. SENATOR TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA 27 JANUARI 2022
Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Parlimen yang dipengerusikan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara mengadakan mesyuarat akhirnya pada hari ini setelah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua
Dewan Rakyat; YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang); Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan kedua-dua Setiausaha Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta pegawai-pegawai yang mewakili pelbagai jabatan.
Usaha mewujudkan fungsi dan peranan Parlimen yang berasingan dari pengawalan cabang Eksekutif telah lama dipolemikkan namun tiada menjadi tindakan asas sehingga kini khasnya susulan MoU antara Kerajaan Pimpinan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan pihak pembangkang bulan September lalu.
Akhir pernyataan.
YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Parlimen Malaysia 27 Januari 2022
Kemaskini terakhir pada: 27 Januari 2022 | Hits: 3116