Kenyataan Media Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA
OLEH
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

 

LIPUTAN MEDIA SEPANJANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT MAJLIS PARLIMEN KEEMPAT BELAS

 

  1. Susulan daripada pengumuman peralihan Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Kuala Lumpur yang berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2021, semua pihak termasuklah Parlimen Malaysia cakna terhadap keperluan undang-undang semasa agar semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan syarat yang dikenakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

 

  1. Hanya individu dengan dos lengkap vaksin COVID-19 dan suhu badan tidak melebihi 37.5 celsius sahaja dibenarkan hadir;
  2. Mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR melalui aplikasi MySejahtera di pintu masuk dan semua tempat yang disediakan.
  3. Menjalani ujian saringan COVID-19 secara Polymerase Chain Reaction Test (PCR) dalam masa tiga hari sebelum hadir serta hendaklah menunjukkan keputusan ujian tersebut;
  4. Pemakaian pelitup muka berganda (double-masking);
  5. Digalakkan memakai pelindung muka (face shield);
  6. Sentiasa membersihkan tangan dengan menggunakan hand  sanitizer;
  7. Mematuhi penjarakan fizikal sepanjang berada di Kompleks Parlimen.

 

  1. Parlimen Malaysia dengan ini menjemput agensi berita dan pengamal media seramai 83 orang untuk membuat liputan sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat. Agensi-agensi media yang akan dibenarkan hadir di Bangunan Parlimen seperti berikut:

 

PENYIAR RASMI

BIL

JABATAN/ AGENSI

KUMPULAN

PETUGAS

1

RTM

 

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG, BERITA & SIDANG MEDIA 

 

28

 

2

BERNAMA

 

WARTAWAN;

PASUKAN BERITA RASMI; JURUFOTOGRAFI;

JURUKAMERA VIDEO

 

14

 

3

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

(JaPen)

PETUGAS KAWALAN MEDIA;

SEKRETARIAT PUSAT MEDIA;

JURUFOTOGRAFI

 

8

4

FINAS

PENERBIT

JURUKAMERA VIDEO

JURUTEKNIKAL


4

 

MEDIA-MEDIA LAIN

BIL

AGENSI

KUMPULAN

PETUGAS

1

TV3

TV

4

2

ASTRO AWANI

2

3

ASTRO AEC

2

4

TV SARAWAK (TVS)

1

5

BERITA HARIAN

AKHBAR BAHASA MELAYU

1

6

SINAR HARIAN

1

7

UTUSAN MALAYSIA

1

8

THE STAR

AKHBAR BAHASA INGGERIS

1

9

THE SUN

1

10

NEW STRAITS TIMES (NST)

1

11

MALAY MAIL

1

12

THE EDGE MALAYSIA

1

13

SIN CHEW DAILY

AKHBAR BAHASA CINA

1

14

NANYANG SIANG PAU

1

15

ORIENTAL DAILY

1

16

MALAYSIA NANBAN

AKHBAR BAHASA TAMIL

1

17

AFP (AGENCE FRANCE-PRESSE)

MEDIA ANTARABANGSA (TV)

2

18

CHANNEL NEWS ASIA (CNA)

2

19

MALAYSIA KINI

ONLINE

1

20

MALAYSIA NOW

ONLINE

1

21

FREE MALAYSIA TODAY (FMT)

ONLINE

1

22

PNBBC

ONLINE

1

 

 

JUMLAH

83

 

 

  1. Walaupun kehadiran pihak media secara fizikal di Bangunan Parlimen adalah seperti dinyatakan di atas, pengamal media masih boleh membuat liputan menggunakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif secara eksklusif dengan Ahli-ahli Parlimen melalui aplikasi Zoom  sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat.

 

  1. Bagi tujuan ini, pengamal media boleh menghubungi Setiausaha Akhbar Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau berurusan dengan Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Parlimen.

 

  1. Saya berharap agar liputan mesyuarat ini akan dilaksanakan dengan penuh teratur dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

DATUK AZHAR AZIZAN HARUN
Yang di-Pertua Dewan Rakyat    

 

21 Oktober 2021
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 21 Oktober 2021 | Hits: 3347

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my