Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.
Pertemuan ini mengeratkan hubungan antara dua belah pihak dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik.
Terlebih dahulu, kehadiran YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar telah disambut oleh YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
22 Ogos 2024
Kredit Foto: Julie