LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN
Meneruskan siri lawatan kerja, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah di pejabat beliau semalam.
Pertemuan ini saling bertukar pandangan berkenaan pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas, peranan bahagian penyelidik dalam menyumbang kepada perbahasan dasar yang substantif dan telus.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
12 Ogos 2024
Kredit Foto: Arjunna Putra