LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS
Lawatan kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri Semenanjung (Zon Utara) telah diakhiri di Dewan Undangan Negeri Perlis semalam.
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis.
Seterusnya, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul turut mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Rus’sele Eizan di pejabat beliau.
Perbincangan menyentuh pemerkasaan belia dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menjana ekonomi negeri.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
9 Ogos 2024
Kredit Foto: Ahmad Afifi