PARLIMEN MALAYSIA: 12 Januari 2021 (Selasa) – YBrs. Puan Nor Yahati binti Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) telah mengadakan lawatan mesra diiringi oleh Encik Mohd Radzi bin Jamalluddin, Setiausaha Bahagian Keselamatan, Encik Ir. Azmi bin Abdul Hamid, Ketua Jurutera Bahagian Selenggara Fasiliti & Landskap dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia di Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Blok Utama, Blok Pejabat Sementara, dan Taman Rusa Parlimen.
Lawatan mesra oleh YBrs. Puan Nor Yahati binti Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia bertujuan untuk mengenali fungsi dan struktur pentadbiran Parlimen Malaysia. Beliau memulakan lawatan mesra ini ke Bahagian Selenggara Fasiliti & Landskap dan diakhiri lawatan di Taman Rusa Parlimen.
Setelah selesai mengadakan lawatan di Kawasan Parlimen Malaysia, beliau seterusnya melawat ke Kelab Parlimen Malaysia dan sekali gus mengakhiri lawatan mesra ini. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1227&time=2
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 3152