PARLIMEN MALAYSIA: 24 Februari 2021 (Rabu) – Syarikat Madewings Malaysia Sdn. Bhd. telah menyerahkan sumbangan sebanyak 100, 000 keping pelitup muka jenis KN95 untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan negara yang sedang bertungkus lumus dalam memerangi pandemik COVID-19.
Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam satu majlis ringkas dan mematuhi SOP di Parlimen Malaysia hari ini. Dalam ucapannya beliau berkata penyerahan sumbangan ini juga merupakan salah satu konsep kerjasama diantara pihak awam dan swasta yang sangat diperlukan dan patut diteruskan pada masa akan datang terutama apabila negara masih berjuang menghadapi pandemik COVID-19. Sumbangan ini adalah yang terbesar pihak swasta kepada awam dan tindakan ini sangatlah dihargai.
Sumbangan ini akan diserahkan kepada para fronliners,pihak hospital, murid sekolah dan golongan yang terlibat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Madewings Malaysia Sdn. Bhd., Encik Mohamad Zaimy Asrol bin Abd Razak sumbangan ini adalah merupakan suatu projek tanggungjawab sosial korporat(CSR) bagi menzahirkan rasa prihatin serta penghargaan terhadap petugas barisan hadapan negara. Mereka juga sedang berusaha untuk membangunkan sebuah kilang di Lembah Klang.
Turut hadir YBhg. Dato Jeremy Smeeton, Ahli Lembaga Penasihat Madewings Malaysia Sdn Bhd, YBrs. Encik Abdul Rahman bin Abdullah, CEO Prachurzo Properties Ltd India, YBrs. Encik Brett Nicholas Clark, CEO Dynamic Partners International Limited South Africa & Russian, dan para jemputan yang terlibat.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Madewings yang bersama-sama rakyat Malaysia dalam menempuh waktu-waktu getir menghadapi cabaran COVID-19. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1230&time=1
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 3447