PARLIMEN MALAYSIA | 22 Disember 2022 | Khamis | Jam 10.30 pagi - Liputan bergambar Majlis Amanat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Bersama Warga Parlimen Malaysia. YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya majlis mendengar amanat dari YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Y.Brs Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta seluruh warga Parlimen Malaysia. Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Bahagian Komunikasi (BKom) dan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) ialah kumpulan penganjur untuk majlis ini.
Foto - Julie, Hazirah