YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan BUDI telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di Kampung Kuala Dulang, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada 31 Mac 2023 (Rabu) lalu.
Dalam ucapannya YB Senator Tan Sri, menyatakan majlis ini adalah untuk mengimarahkan sambutan serta kemuliaan bulan Ramadan. Secara umumnya, Yayasan BUDI bertujuan membantu rakyat dan kerajaan Malaysia dalam pelbagai kegiatan jaringan sukarelawan, menyemarakkan warisan dan budaya, mengutuhkan masyarakat ke arah budaya tinggi dan binaan budi sebagai asas tamadun.
Pada majlis ini juga, para tetamu turut menunaikan solat maghrib, isyak dan solat tarawih secara berjemaah.
Dalam majlis tersebut Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu turut hadir untuk berbuka puasa bersama-sama para pemimpin dan rakyat di Luak Jelebu.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afify
Parlimen Malaysia
3 April 2023
Kemaskini terakhir pada: 3 April 2023 | Hits: 2299