SEKRETARIAT
Pengenalan
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG
CARTA ORGANISASI
FUNGSI
1. MEMBERI PANDANGAN UNDANG-UNDANG
2. GUBALAN
- Menggubal dan menyemak draf Perjanjian/Memorandum Persefahaman Antarabangsa antara Parlimen Malaysia dengan negara luar, draf Perjanjian/Memorandum Persefahaman antara Parlimen Malaysia dengan Kementerian dan agensi-agensi lain, Surat Niat, Terma Jawatankuasa Dewan Rakyat/Dewan Negara dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Mesyuarat Dewan Rakyat/Negara.
3. PENDAKWAAN DAN GUAMAN
-
Memaklumkan kepada Pentadbiran Parlimen dan Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha Dewan Negara mengenai apa-apa kes-kes mahkamah yang melibatkan Parlimen Malaysia.
-
Meneliti saman, menandatangani afidavit dan apa-apa dokumen perundangan untuk dikemukakan kepada mahkamah.
- Memaklumkan, menyediakan dokumen dan mengumpul maklumat kajian kes jenayah dan sivil untuk dihantar ke Bahagian Pendakwaan dan ke Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara.
4. KAJIAN UNDANG-UNDANG
- Membuat kajian dan semakan semula kepada mana-mana perundangan utama, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang berkaitan dengan Pentadbiran Parlimen.
5. PELBAGAI