BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
control 1control 2control 3
SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 
 
         FUNGSI BAHAGIAN
  • Mengurus pengurusan media bagi Persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta majlis-majlis  rasmi Parlimen

  • Mengurus pengacaraan dalam majlis rasmi, persidangan dan seminar antarabangsa anjuran Parlimen.

  • Menyelaras dan mengurus lawatan masuk pelawat awam dan luar negara ke Parlimen Malaysia

  • Mengurus pengurusan aduan.

  • Pengurusan penerbitan bahan-bahan bercetak, fotografi dan visual.

  • Pengurusan khidmat  pelanggan dan one-stop centre.

 
       1. PENGURUSAN MEDIA
  • Menyelaras dan menyediakan berita dan informasi berkaitan Parlimen Malaysia.

  • Bertindak sebagai agen responsif yang menjadi penghubung antara pihak media dan Parlimen Malaysia. 

  • Bertanggungjawab membuat penyelarasan pemantauan di Pusat Media Parlimen Malaysia dari semasa ke semasa
     

       2. PENGURUSAN LAWATAN
  • Mengendalikan dan mengurus permohonan lawatan awam ke Parlimen Malaysia

  • Memberi taklimat mengenai sistem Parlimen di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi melalui aktiviti-aktiviti pameran dan outreach program. 
     

       3. PENGURUSAN FOTOGRAFI DAN VISUAL (VIDEO)
  • Mengurus iputan foto dan video segala aktiviti Jabatan bagi acara rasmi Parlimen.

  • Menyediakan album dan rakaman untuk rekod dan arkib.

  • Menguruskan rekod secara professional urusan penyimpanan gambar/filem bagi tujuan arkib.
     

       4. PENGURUSAN GALERI
  • Menyelia dan mengurus segala yang berkaitan dengan Galeri Parlimen Malaysia.

  • Bertanggungjawab dalam urusan dan penjagaan bahan pameran. 

  • Memperolehi koleksi bahan galeri Parlimen melalui hadiah, sumbangan, derma, pembelian dan sebagainya. 

  • Memperluas penyebaran dan penggunaan bahan galeri melalui penggunaan teknologi terkini, pameran dan penerbitan 

  • Meningkatkan jumlah pelawat ke galeri melalui program dan aktiviti yang dirancang.

 

Kemaskini terakhir pada: 1 Oktober 2021 | Hits: 33775

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my