SEKRETARIAT
Pengenalan
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-
BAHAGIAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN DAN LANDSKAP
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
FUNGSI BAHAGIAN
- Melaksanakan pemeriksaan dan audit keadaan fizikal bangunan untuk menilai dari segi aspek struktur bangunan, sistem mekanikal dan sistem elektrikal supaya berfungsi dengan baik dan sempurna dari segi kefungsian dan keselamatan teknikal.
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan ke atas Kompleks Bangunan Parlimen Malaysia dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan, TASKA PUSPANITA dan 15 unit kuarters.
- Memohon peruntukan tahunan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan Kompleks Bangunan Parlimen Malaysia.
- Mengurus dan mentadbir kontrak penyelenggaraan di Parlimen serta kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Menjalankan kerja-kerja pembaikan kecil secara tenaga jabatan.
- Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan Parlimen serta kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Menyelaras dan memantau projek di bawah tempoh kecacatan (DLP).
- Menyelenggara landskap kawasan Kompleks Bangunan Parlimen Malaysia dan taman-taman dalam bangunan Parlimen Malaysia sentiasa kemas subur dan cantik.
- Memelihara ternakan rusa sentiasa dalam keadaan baik.
- Menghias dalam bangunan Parlimen dengan pokok-pokok segar dan cantik.
- Menyelenggara kebersihan dalam bangunan sentiasa terpelihara.
- Mengurus, menyelaras, memantau dan melaksanakan persiapan logistik dan keperluan infra bagi majlis-majlis rasmi di Parlimen Malaysia.
- Memastikan sistem Mekanikal, Elektrikal dan Sistem Keselamatan beroperasi dengan baik sepanjang masa di bangunan Parlimen Malaysia dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Melaksanakan pendaftaran aset tak alih.
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Parlimen Malaysia.