JEMPUTAN MEDIA KE
LAWATAN KERJA
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
- Sukacita dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan mengadakan Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Negeri Perak. Lawatan ini bagi membincangkan berkaitan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 yang akan diadakan pada September di Negeri Sarawak.
- Sesi sidang media YB Tan Sri (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama YB Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Speaker Dewan Negeri Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Ogos 2024 (Isnin)
Masa : 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Sidang Media,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
- Sehubungan itu, tuan/ puan atau wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan pada sesi sidang media tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Puan Shaira Amira Jamal Abdul Nasir di talian 014-310 7239 dan Encik Mohd Dzikrullah Junus di talian 019-922 1418.
- Sekian, terima kasih.
PARLIMEN MALAYSIA
30 JULAI 2024