NOTA KEPADA PENGARANG
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 14 September hingga 12 Oktober 2021, manakala bagi Dewan Negara mulai 04 Oktober hingga 26 Oktober 2021 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.
2. Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media berikut yang dibenarkan hadir mulai 14 September 2021 untuk membuat liputan secara fizikal ke Kompleks Parlimen Malaysia:
TV3 |
SIN CHEW DAILY |
ASTRO AWANI |
NANYANG SIANG PAU |
BERITA HARIAN |
MALAYSIA NANBAN |
SINAR HARIAN |
MALAYSIA KINI |
THE STAR |
MALAYSIA NOW |
THE SUN |
AFP NEWS AGENCY |
|
3. Walau bagaimanapun, pihak Parlimen Malaysia akan menyediakan pautan aplikasi zoom kepada lain-lain agensi media agar dapat berpeluang untuk membuat liputan secara maya (virtual) bagi Sidang Media (Press Conference).
4. Pihak agensi perlu mengemukakan nama petugas kepada pihak Bahagian Komunikasi Korporat di pro@parlimen.gov.my pada atau sebelum 12 September 2021 (Ahad).
5. Kesemua petugas media daripada agensi-agensi tersebeut WAJIB melakukan Swab-Test COVID-19 menggunakan kaedah Reverse Transcripton-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) 3 hari sebelum mesyuarat pertama dan membawa keputusan ujian tersebut pada 14 September 2021 (Selasa) untuk ditunjukkan di sekatan jalan raya oleh pihak Bahagaian keselamatan serta perlu diserahkan kepada petugas Parlimen di Pintu 7. Hanya petugas media yang lengkap dos vaksin COVID-19 dan mempunyai keputusan saringan NEGATIF sahaja dibenarkan masuk serta ke Kompleks Parlimen Malaysia .
6. Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia kerana parkir kenderaan yang terhad. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi dan perlu sentiasa berada di Pusat Media, Parlimen Malaysia sepanjang liputan.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
8 September 2021
Kemaskini terakhir pada: 8 September 2021 | Hits: 5092