NOTA KEPADA PENGARANG
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 25 Oktober hingga 16 Disember 2021, manakala bagi Dewan Negara mulai 14 Disember hingga 23 Disember 2021 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.
- Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media berikut yang dibenarkan hadir mulai 25 Oktober 2021 untuk membuat liputan secara fizikal ke Kompleks Parlimen Malaysia:
TV3
|
THE EDGE MALAYSIA
|
ASTRO AWANI
|
SIN CHEW DAILY
|
ASTRO AEC
|
NANYANG SIANG PAU
|
TV SARAWAK (TVS)
|
ORIENTAL DAILY
|
BERITA HARIAN
|
MALAYSIA NANBAN
|
SINAR HARIAN
|
AFP NEWS AGENCY
|
UTUSAN MALAYSIA
|
CHANNEL NEWS ASIA (CNA)
|
THE STAR
|
MALAYSIA KINI
|
THE SUN
|
MALAYSIA NOW
|
NEW STRAITS TIMES (NST)
|
FREE MALAYSIA TODAY (FMT)
|
MALAY MAIL
|
PNBBC
|
- Walau bagaimanapun, pihak Parlimen Malaysia akan menyediakan pautan aplikasi zoom kepada lain-lain agensi media agar dapat berpeluang untuk membuat liputan secara maya (virtual) bagi Sidang Media (Press Conference).
- Pihak agensi perlu mengemukakan nama petugas kepada pihak Bahagian Komunikasi Korporat di pro@parlimen.gov.my pada atau sebelum 24 Oktober 2021 (Ahad).
- Kesemua petugas media daripada agensi-agensi tersebeut WAJIB melakukan Swab-Test COVID-19 menggunakan kaedah Reverse Transcripton-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) 3 hari sebelum mesyuarat kedua dan membawa keputusan ujian tersebut pada 25 Oktober 2021 (Isnin) untuk ditunjukkan di sekatan jalan raya oleh pihak Bahagaian keselamatan serta perlu diserahkan kepada petugas Parlimen di Pintu 7. Hanya petugas media yang lengkap dos vaksin COVID-19 dan mempunyai keputusan saringan NEGATIF sahaja dibenarkan masuk serta ke Kompleks Parlimen Malaysia .
- Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia kerana parkir kenderaan yang terhad. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi dan perlu sentiasa berada di Pusat Media, Parlimen Malaysia sepanjang liputan.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
21 Oktober 2021