PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KELIMA MAJLIS PARLIMEN KEEMPAT BELAS
NOTA KEPADA PENGARANG
1. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 18 Julai hingga 04 Ogos 2022 manakala Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Negara akan berlangsung mulai 08 Ogos hingga 16 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.
2. Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media seperti senarai di bawah dijemput hadir untuk membuat liputan secara fizikal ke Kompleks Parlimen Malaysia:
PENYIAR RASMI
BIL |
JABATAN/ AGENSI |
KUMPULAN |
BILANGAN PETUGAS |
1 |
JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)
|
LIPUTAN SIARAN LANGSUNG, BERITA & SIDANG MEDIA |
28
|
2 |
BERNAMA
|
WARTAWAN; PASUKAN BERITA RASMI; JURUFOTOGRAFI; JURUKAMERA VIDEO |
14
|
3 |
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JaPen) |
PETUGAS KAWALAN MEDIA; SEKRETARIAT PUSAT MEDIA; JURUFOTOGRAFI |
8 |
4 |
FINAS |
PENERBIT JURUKAMERA VIDEO JURUTEKNIKAL |
|
MEDIA-MEDIA LAIN
BIL |
AGENSI |
KUMPULAN |
BILANGAN PETUGAS |
1 |
TV3 |
TV |
4 |
2 |
ASTRO AWANI |
2 |
|
3 |
ASTRO AEC |
2 |
|
4 |
TV SARAWAK (TVS) |
2 |
|
5 |
BIG BLUE |
2 |
|
6 |
BERITA HARIAN |
AKHBAR BAHASA MELAYU |
2 |
7 |
SINAR HARIAN |
2 |
|
8 |
UTUSAN MALAYSIA |
2 |
|
9 |
THE STAR |
AKHBAR BAHASA INGGERIS |
2 |
10 |
THE SUN |
2 |
|
11 |
NEW STRAITS TIMES (NST) |
2 |
|
12 |
MALAY MAIL |
2 |
|
13 |
THE EDGE MALAYSIA |
2 |
|
14 |
CHINA PRESS |
AKHBAR BAHASA CINA |
2 |
15 |
SIN CHEW DAILY |
2 |
|
16 |
NANYANG SIANG PAU |
2 |
|
17 |
ORIENTAL DAILY |
2 |
|
18 |
MALAYSIA NANBAN |
AKHBAR BAHASA TAMIL |
2 |
19 |
MAKKAL OSAI |
2 |
|
20 |
AFP (AGENCE FRANCE-PRESSE) |
MEDIA ANTARABANGSA (TV) |
2 |
21 |
CHANNEL NEWS ASIA (CNA) |
2 |
|
22 |
MALAYSIA KINI |
ONLINE |
1 |
23 |
MALAYSIA NOW |
ONLINE |
1 |
24 |
FREE MALAYSIA TODAY (FMT) |
ONLINE |
1 |
25 |
VANAKKAM MALAYSIA |
ONLINE |
1 |
26 |
PNBBC |
ONLINE |
1 |
4. Walau bagaimanapun, pihak Parlimen Malaysia akan menyediakan pautan aplikasi zoom kepada lain-lain agensi media agar dapat berpeluang untuk menyertai Sidang Media (Press Conference) secara maya (virtual).
5. Pihak agensi media perlu mengemukakan nama petugas kepada pihak Bahagian Komunikasi di pro@parlimen.gov.my selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Julai 2022 (Ahad).
6. Kesemua petugas media dari agensi-agensi tersebut hendaklah memastikan tiada sebarang gejala dan diyakini sihat tubuh badan.
7. Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
8. Segala gambar boleh didapatkan daripada Penyiar Rasmi seperti Jabatan Penerangan Malaysia dan BERNAMA serta Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.
9. Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi.
10. Petugas media hendaklah sentiasa berada di Pusat Media, Parlimen Malaysia sepanjang masa dan tidak dibenarkan berada di ruang lobi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Blok Utama.
11. Petugas media hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (Fasa Peralihan ke Endemik) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta peraturan yang digariskan oleh pihak Parlimen Malaysia.
BAHAGIAN KOMUNIKASI
14 JULAI 2022
Kemaskini terakhir pada: 14 Julai 2022 | Hits: 7934