PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
NOTA KEPADA PENGARANG
Dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan Program Parliament Lecture Series 3.0: Rebuilding The Nation Through Reforms seperti ketetapan berikut :-
Tarikh |
18 Ogos 2023 (Jumaat) |
Masa |
8.00 Malam |
Tempat |
Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia. |
Sehubungan itu, wakil-wakil media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan. Dilampirkan juga Link bagi pendaftaran:-
https://parlimenmalaysia.info/lecseries3
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Abdulhadi bin Khalid, Pegawai Tugas-Tugas Khas II kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat (018 245 8798) atau Puan Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir, Setiausaha Akhbar Kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat (03-2601 7462).
Kod Etika Berpakaian :
LELAKI
1. Lounge Suit ( berkemeja lengan panjang dan bertali leher)
2. Baju Melayu lengkap bersampin & bersongkok; atau
3. Baju Batik lengan panjang & seluar panjang slack (berwarna gelap) dan
4. Kasut kulit bertutup.
PEREMPUAN
1. Baju Kurung/ Kebaya labuh; atau
2. Baju lengan panjang dan skirt panjang (di bawah @ seluar panjang (slack); atau
3. Baju Kebangsaan kaum-kaum lain; dan
4. Kasut kulit bertutup.
Kemaskini terakhir pada: 14 Ogos 2023 | Hits: 4209