YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadiri Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa ke-6 (ISES) 2024 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Kuala Lumpur semalam.
Program ini bermatlamat mengetengahkan aspek inovasi dalam teknologi peralihan tenaga, kepimpinan serta penerokaan cabaran-cabaran yang dapat ditangani ke arah mencapai agenda negara mencapai kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2025.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
20 Ogos 2024
Kredit foto: Arjunna Putra