YB Nga Kor Ming, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempengerusikan simulasi perbahasan persidangan Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR, 28 September - Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tuan Nga Kor Ming telah bekerjasama menganjurkan sebuah program khas ”Learning Event Young Presidents’ Organization to Parliament of Malaysia” bersama Young President’ Organization (YPO) Malaysia Chapter.
Peserta program khas ini terdiri daripada 80 orang pemimpin – pemimpin muda yang mempunyai keahlian bersama YPO daripada seluruh negara dan pelbagai bidang industri.
YB Nga Kor Ming, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merakam gambar bersama para peserta program YPO
Sepanjang program ini, para peserta telah diberi peluang untuk melawat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta diberi pendedahan berkaitan simulasi perbahasan seperti persidangan Dewan Rakyat.
Turut hadir bagi menyerikan program ini adalah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
Kemaskini terakhir pada: 10 Oktober 2018 | Hits: 5183