PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
PROGRAM PARLIAMENT LECTURE SERIES 1.0: RESETTING THE MALAYSIAN ECONOMY, PARLIMEN MALAYSIA
NOTA KEPADA PENGARANG
1. Dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan menganjurkan Program Parliament Lecture Series 1.0: Resetting The Malaysian Economy seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Januari 2023 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia
Pakaian : Batik
2. Program ini merupakan anjuran bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Objektif program ini bertujuan untuk menyediakan platform percambahan idea dan pembelajaran mengenai legislatif, demokrasi serta dasar dan hala tuju negara.
3. Ianya turut dirangka dengan menyasarkan penyertaan melibatkan ahli-ahli Parlimen, pakar bidang khusus (subject matter experts) dari sektor awam dan swasta, ahli-ahli akademik serta badan bukan Kerajaan.
4. Selain itu, program ini juga diharap dapat mengukuhkan jaringan kerjasama dan merapatkan jurang dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen serta pihak-pihak luar dan orang awam selaras dengan usaha Parlimen Malaysia melaksanakan peranannya melalui second track diplomacy.
5. Justeru, pihak agensi media dijemput hadir untuk membuat liputan secara fizikal terhadap program ini. Pihak media boleh membuat pengesahan kehadiran melalui pautan yang telah disediakan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdAKxlS55AFG-OqiUa2H-n-orx0HxPyUHeayd9SWAIB9mBfSg/viewform .
6. Petugas media hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan oleh Parlimen Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia ditalian 03-2063 6277 / 6275.
Sekian, salam hormat.
BAHAGIAN KOMUNIKASI
26 JANUARI 2023
Kemaskini terakhir pada: 26 Januari 2023 | Hits: 5048