YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (duduk tengah) bergambar bersama peserta program
Kuala Lumpur – Program Roundtable with Parliamentarians : Aligning National Legislation with International Standards on Freedom of Expression, Access to Information and Press Freedom anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah berlangsung pada 25 September lepas bertempat di Bilik Jamuan, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Prof. Dato' Dr. Aishah binti Bidin, Timbalan Pengerusi SUHAKAM, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
Dr Ming-Kuok Lim, Penasihat Komunikasi dan Maklumat UNESCO mengendalikan sesi perbincangan pertama
Secara umumnya, program ini telah dibahagikan kepada empat sesi iaitu :
The interplay between international standards and the Federal Constitution
Access to information – A pre-requisite for a functioning democracy
Proportionate, Necessary, Legitimate, and Prescribed by Law : Considerations to defamation and hate speech
Collaboration between Parliament and other Stakeholders
Setiap sesi perbincangan ini dikendalikan oleh moderator yang pakar dalam bidang masing-masing, antaranya adalah :
Dr Ming-Kuok Lim, Penasihat Komunikasi dan Maklumat UNESCO
Cik Masjaliza Hamzah, Perunding dan Penyelidik Hak Asasi Manusia
Encik Jerald Joseph, Suruhanjaya SUHAKAM
Cik Gayathry Venkiteswaran, Pembantu Profesor Universiti Nottingham Kampus Malaysia
Kemaskini terakhir pada: 5 Oktober 2018 | Hits: 10839