PARLIMEN MALAYSIA : 21 Disember 2020 (Isnin) -- Operasi disinfeksi Parlimen Malaysia telah dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Parlimen Malaysia yang diketuai oleh PBK II Mohd Rozihafizam b Othman dengan kekuatan seramai 8 orang anggota dari Balai Bomba & Penyelamat Jalan Tun Razak. Pelaksanaan proses ini dilakukan pada waktu malam apabila persidangan telah tamat.
Operasi disinfeksi ini antara pematuhan terhadap prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memerangi wabak COVID-19. BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 28 Disember 2020 | Hits: 3005