PERPUSTAKAAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
 
PENGUMUMAN Perpustakaan Parlimen Malaysia adalah satu pusat kecemerlangan rujukan dalam urusan perundangan, parlimen, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia dan kakitangan Parlimen Malaysia ke arah pembelajaran sepanjang hayat

Perpustakaan Parlimen Malaysia adalah satu pusat kecemerlangan rujukan dalam urusan perundangan, parlimen, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia dan kakitangan Parlimen Malaysia ke arah pembelajaran sepanjang hayat . Justeru, Perpustakaan Parlimen Malaysia berusaha memantapkan perkhidmatan dan sumber rujukannya bagi meningkatkan penjanaan maklumat dan ilmu supaya dapat memberi perkhidmatan yang proaktif setimpal dengan kehendak pelanggan.


Penggunaan Perpustakaan Parlimen Malaysia ini terhad kepada Ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen Malaysia sahaja. Pengguna luar yang ingin menggunakan Perpustakaan Parlimen perlu memohon kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia di alamat :
 

Pejabat Ketua Pentadbir,
Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
Jalan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur
Faks : 03-2698 6905
 

1. Peminjaman dan Rujukan
  • Koleksi Terbitan Parlimen 
  • Koleksi Perundangan Malaysia
  • Koleksi Monograf (Buku)
  • Koleksi Jurnal
  • Keratan Akhbar
 
2. Perkhidmatan Pangkalan Data Dalam Talian 3. Perkhidmatan Buku Elektronik (e-Book) 4. Peminjaman Antara Perpustakaan (SPP)
 
 
 
 

Dokumen Parlimen merangkumi bahan-bahan yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia di dalam urusan perundangan seperti:

  • Penyata Rasmi Dewan Negara dan Dewan Rakyat (Hansard)
  • Aturan Urusan Mesyuarat (AUM)
  • Undi-undi Perjalanan Mesyuarat
  • Rang Undang-Undang
  • Kertas Statut
  • Kertas Perintah 
  • Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa
 
Koleksi ini merangkumi sumber utama dan sumber sekunder Undang-undang Malaysia yang terdiri daripada:
  • Perundangan Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • Perundangan subsidiari
  • Akta-akta
  • Akta Pindaan
  • Enakmen
  • Ordinan
  • P.U.(A)
  • P.U.(B)
  • Warta Kerajaan
Koleksi terbesar di Perpustakaan Parlimen Malaysia ialah koleksi monograf yang meliputi pelbagai bidang seperti perundangan, perlembagaan, politik, sejarah, pentadbiran kerajaan, koleksi dari institusi parlimen luar negara, tokoh-tokoh politik, pilihan raya, parti-parti politik dan lain-lain koleksi yang berkaitan dengan fungsi Parlimen Malaysia.

 
 

PERATURAN-PERATURAN
  1. Pelawat / Pengguna dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan selepas mendapat  kelulusan rasmi dari Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
  2. Pelawat / pengguna mestilah memakai pakaian yang sopan dan rasmi. Pemakaian selipar dan seluar jeans adalah tidak dibenarkan. 
  3. Semua pelawat / pengguna mestilah mempamerkan Pas Pelawat.
  4. Pengguna perpustakaan dari agensi bukan kerajaan akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM30 sehari dan 20 sen bagi setiap salinan yang dibuat. Pengguna dari agensi bukan kerajaan juga tidak dibenarkan untuk meminjam koleksi perpustakaan.
  5. Pelawat / Pengguna perpustakaan diminta untuk meletakkan buku yang telah digunakan di troli yang disediakan. 
  6. Alat eletronik seperti walkman dan alat pengimbas tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  7. Pegawai Kerajaan yang bertugas perlu membawa computer riba sendiri dan tidak dibenarkan menggunakan Bilik Teknologi Maklumat. Semua keperluan untuk mencetak perlu diajukan ke Bilik Urusetia. 
  8. Pegawai Kerajaan yang bertugas tidak dibenarkan meminjam koleksi perpustakaan dan akan dikenakan caj sebanyak 20 sen bagi setiap salinan. 
  9. Semua bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam mesti dipulangkan. Peminjam akan diberi tiga notis untuk memulangkan buku yang dipinjam selepas tarikh pemulangan tamat. Jika peminjam masih tidak memulangkan buku pinjaman, peminjam akan diberi notis keempat untuk membayar harga buku yang dipinjam dan perlu dibayar ke Cawangan Kewangan. Jika bayaran tidak diterima dalam masa 2 minggu selepas notis keempat, surat akan dipanjangkan kepada Cawangan Kewangan untuk memotong gaji peminjam. 
  10. Dilarang merokok, makan dan minum di dalam kawasan perpustakaan.
  11. Beg, topi keledar dan payung mestilah ditinggalkan di kaunter.
  12. Dilarang mencuri dan merosakkan harta perpustakaan.
  13. Kakitangan perpustakaan mempunyai kuasa untuk melarang sesiapa daripada menggunakan perpustakaan. 
  14. Pihak pengurusan perpustakaan mempunyai hak untuk menukar peraturan perpustakaan bila-bila masa difikirkan perlu.
 

Hari Berkerja

Isnin Hingga Khamis: 8.00 pagi - 4.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.45 petang - 4.00 petang

 

Semasa Dewan Bersidang

Isnin Hingga Khamis: 8.00 pagi sehingga Dewan ditangguhkan

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

 

ALAMAT 

Perpustakaan,
Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
Jalan Parlimen,
50680 Kuala Lumpur

Nombor Telefon Kaunter: +603–2603 6126/ 6127
Nombor Faks: 603 – 2026 0914
Emel: perpustakaanparlimen@parlimen.gov.my


 

 


Kemaskini terakhir pada: 2 Disember 2021 | Hits: 156912

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.023 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my