Ucapan pembukaan dari YB Dato’ Seri Azalina binti Dato’ Othman Said selaku Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA)
PARLIMEN MALAYSIA, 27 Mac 2018 – Sambutan Hari Komanwel 2018 anjuran Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia(CPA) bersama Parlimen Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia pada hari ini. Bertemakan” Ke Arah Persamaan Masa Depan Bersama”, majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YB Dato’ Seri Azalina binti Dato’ Othman Said selaku Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia(CPA).
Sambutan ini yang diraikan setiap bulan Mac pada setiap tahun turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara - Negara Komanwel, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan ahli – ahli Parlimen Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin B. Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sambutan kali ini menyaksikan pelancaran laman sesawang rasmi CPA Malaysia yang merupakan pusat maklumat berkaitan semua aktiviti, penglibatan CPA Malaysia di dalam dan luar negara serta segala pencapaian CPA Malaysia sehingga hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin B. Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Majlis pelancaran gimik CPA
Kemaskini terakhir pada: 28 Mac 2018 | Hits: 11810