Siaran Media Dewan Rakyat Umum Jawatankuasa Pilihan Khas Antara Inisiatif Reformasi Parlimen
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA
OLEH
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

 


DEWAN RAKYAT UMUM JAWATANKUASA PILIHAN KHAS
ANTARA INISIATIF REFORMASI PARLIMEN

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Dewan Rakyat pada hari ini telah meluluskan usul untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat seperti berikut:

  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi;
  2. Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan;
  3. Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian;
  4. Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi;
  5. Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia;
  6. Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat;
  7. Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan;
  8. Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan;
  9. Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa; dan
  10. Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi

Dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, adalah diharapkan agar Jawatankuasa-jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang lebih proaktif supaya mekanisme semak dan imbang dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk menangani isu-isu akar rakyat dan negara. Ini adalah antara inisiatif untuk mereformasikan Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang serta institusi ulung yang terhormat. Terkait dengan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM),  penubuhan KRPPM akan diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

 

DATO’ JOHARI BIN ABDUL
Yang di-Pertua Dewan Rakyat

 


Kemaskini terakhir pada: 21 Mac 2023 | Hits: 1781

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my