Siaran Media Parlimen Malaysia Ubah Persepsi ‘Bersidang 70 Hari Setahun’ Melalui Usaha Penglibatan Awam Dalam Persidangan Speaker- Speaker Parlimen Dan Dun Semalaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

 

PARLIMEN MALAYSIA UBAH PERSEPSI ‘BERSIDANG 70 HARI SETAHUN’ MELALUI USAHA PENGLIBATAN AWAM DALAM PERSIDANGAN SPEAKER- SPEAKER PARLIMEN DAN DUN SEMALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 10 September 2024— Parlimen memainkan peranan lebih luas daripada sekadar menjalankan persidangan melalui pelbagai program penglibatan awam dan pendidikan terhadap pelbagai pemegang taruh. Gagasan ini bakal dibawa dalam pembentangan kertas kerja “Memperkukuhkan Demokrasi Berpalimen Melalui Penglibatan Awam Yang Progresif” oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul dalam Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia yang bermula 11 hingga 14 September 2024 di Kuching, Sarawak.

"Melalui inisiatif seperti Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN ini, peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker dalam demokrasi diperjelas, sekaligus merubah persepsi bahawa Parlimen hanya bersidang 70 hari setahun sahaja. Ini juga membuktikan komitmen Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri untuk terus memperkasakan institusi legislatif dengan menggalakkan penglibatan lebih dekat dan terus bersama rakyat,” kata beliau.

Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN ini juga menekankan usaha untuk mendekatkan institusi legislatif kepada masyarakat melalui program-program pendidikan, dialog bersama rakyat, dan inisiatif keterlibatan media. Dalam usaha membina hubungan yang lebih baik antara Parlimen dan rakyat, program-program ini

 

memastikan bahawa fungsi Parlimen difahami dengan lebih mendalam oleh semua lapisan masyarakat.

“Parlimen berusaha mengisi kesenjangan kepercayaan rakyat terhadap legislatif dengan mendekatkan Parlimen dengan rakyat. Justeru, persidangan ini menjadi platform yang tepat untuk mengukuhkan peranannya institusi legislatif dan memastikan Parlimen kekal relevan serta responsif terhadap tuntutan rakyat," kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Dalam kerangka persidangan tersebut, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari akan mengadakan syarahan “Bicara Ketatanegaraan: Membangun Masa Hadapan” kepada warga pendidik Sarawak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak pada

12 September 2024. Syarahan tersebut disasarkan untuk memperkukuhkan pemahaman warga pendidik mengenai peranan dan institusi legislatif serta speaker, prinsip-prinsip ketatanegaraan serta peranan warga pendidik dalam memupuk kesedaran dan tanggungjawab mereka sebagai pembentuk generasi masa depan.

Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 juga akan menyaksikan pembentangan kertas kerja daripada YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara bertajuk “Persoalan: Adakah Dewan Negara Institusi Rubber Stamp? Kuasa Speaker: Satu Coretan” dan “Penggubalan Peraturan Mesyuarat” oleh YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11
Emel:
shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462 www.parlimen.gov.my


Kemaskini terakhir pada: 10 September 2024 | Hits: 637

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.028 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my