Siaran Media Parlimen Malaysia-Vietnam Tukar Amalan Terbaik Menjelang Kepengerusian Malaysia Dalam Asean 2025
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

PARLIMEN MALAYSIA-VIETNAM TUKAR AMALAN TERBAIK MENJELANG KEPENGERUSIAN MALAYSIA DALAM ASEAN 2025

 

HANOI, 24 OKTOBER 2024— Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia telah menghadiri sesi kelapan the National Assembly of Vietnam untuk memerhatikan perjalanan perbahasan pindaan Akta Kesatuan Sekerja yang memperlihatkan komitmen Vietnam untuk memperbaharui rangka kerja perlindungan buruh.

 

Langkah pindaan tersebut bertujuan menginstitusikan dasar memodenkan organisasi dan aktiviti kesatuan sekerja Vietnam dalam konteks baharu selaras dengan perjanjian perdagangan bebas generasi baharu. Ini juga bertujuan memenuhi keperluan pelaksanaan komitmen perlindungan buruh antarabangsa yang telah digubal oleh Vietnam serta memastikan keselarasan dalam rangka kerja undang-undang semasa, terutamanya yang berkaitan dengan Kod Buruh.

 

Dalam kerangka lawatan tersebut, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari telah diberikan sambutan mesra oleh para pengurusan Parlimen Vietnam, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar the National Assembly of Vietnam, TYT Vũ Hải Hà.

 

"Pengalaman menyaksikan Parlimen Vietnam bersidang telah memberi pencerahan yang akan membantu Parlimen Malaysia memperkaya kerjasama legislatif antara negara- negara ASEAN," kata YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari. "Pertukaran pengetahuan dan

 

amalan terbaik seperti ini amat penting untuk memperkasakan hubungan parlimen dan mengukuhkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara."

 

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 25 Oktober 2024 | Hits: 379

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my