Siaran Media Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Teruskan Perbincangan Kerjasama Antara Legislatif Dan Eksekutif Ke Dewan Undangan Negeri Semenanjung (Zon Utara) Mulai 5 Ogos 2024 Ini
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT TERUSKAN PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA LEGISLATIF DAN EKSEKUTIF KE DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMENANJUNG (ZON UTARA) MULAI 5 OGOS 2024 INI

 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2024: Susulan kejayaan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri Melaka dan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 23 hingga 24 Julai 2024, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat kali ini akan mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri di Utara Semenanjung Malaysia  pada 5 hingga 8 Ogos 2024.

Lawatan kerja ini diadakan sebagai persediaan awal Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjelang Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia yang bakal diadakan pada September 2024 di Kuching, Sarawak kelak.

Kerjasama dua hala dalam bidang legislatif antara Parlimen Malaysia, Dewan Undangan Negeri dan institusi eksekutif menjadi antara tunjang utama perbincangan selain pembudayaan kefahaman ketatanegaraan dalam kalangan rakyat, pembangunan kepimpinan belia, perkembangan serta pembangunan ekonomi, penaiktarafan kemahiran serta kecekapan tenaga kerja melalui latihan TVET.

Lawatan kerja ke Utara Semenanjung Malaysia ini akan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB Dato’ Mohamad Zahid Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak pada 5 Ogos 2024. Seterusnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (6 Ogos 2024), Dewan Undangan Negeri Kedah (7 Ogos 2024) dan Dewan Undangan Negeri Perlis (8 Ogos 2024).

 

 

3 OGOS 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 3 Ogos 2024 | Hits: 938

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 22/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my