PARLIMEN MALAYSIA: 9 SEPTEMBER 2020 (KHAMIS) — Enam orang ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.
Antara ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah YB Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff, YB Senator Dato’ Ajis Bin Sitin, beliau pernah menerima Anugerah DIMP membawa gelaran Dato’ pada tahun 2018 daripada KDYMM Sultan Pahang, YB Senator Dato’ Juhanis binti Abd Aziz, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh sejak tahun 2013 sehingga 2021, YB Senator Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, beliau kini merupakan pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita Keadilan, YB Senator Tuan Haji Aziz bin Ariffin, beliau merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar sejak 2014 sehingga kini, dan YB Seruandi bin Saad, beliau merupakan bekas Yang di-Pertua Majlis Belia Negeri Perlis pada tahun 2007 sehingga 2010.
Selain itu, kesemua enam orang ahli ini merupakan lantikan baharu. - BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA