Sekalung tahniah diucapkan kepada seorang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut :
i) YB Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin- Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 22.7.2024.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengalu-alukan pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara dan selamat menjalankan amanah yang telah diberikan.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
22 Julai 2024
Kredit Foto: Arjunna Putra