PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menerima kunjungan hormat daripada Yang di- Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul di Parlimen hari ini.
Dalam pertemuan tersebut kedua-dua Yang di-Pertua Dewan berbincang dan bersepakat untuk merealisasikan kembali cadangan Transformasi Parlimen yang telah diluluskan secara prinsipnya sebelum ini.
Perbincangan tersebut menyentuh tentang pentingnya meminda dan memperkasakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 agar konsep pengasingan kuasa antara legislatif dan eksekutif benar-benar dapat dijelmakan sebagaimana termaktub dalam Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, kedua-dua Yang di-Pertua Dewan juga akan meneliti untuk menggubal kod etika khas bagi Ahli Parlimen agar persidangan dapat dijalankan dengan lancar dan meletakkan kedudukan Parlimen kembali dihormati. – TAMAT
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dan;
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia
22 Disember 2022
Kemaskini terakhir pada: 22 Disember 2022 | Hits: 1954